Helooooo! i'm back :) okay so before we start, firstly, i know ada one or some of those four boys yang aku mention dalam post sebelum ni baca blog ni and then terasa lepastu cakap aku marah sangat dia sampai nak bakar benda yg dia pernah bagi. hish. tak lek ni. hahahah serious oh aku tak terfikir siapa siapa pun! aku just nak let go everything :') and aku tulis ni bukan sebab nak korang baca dan mengimbas kembali kenangan -___________- kan dah cakap, i write this untuk kenangan diri sendiri sebab lepas ni barang ni semua dah takada... and jangan lah cakap 'kalau untuk diri sendiri, buat lah private. ni share buat apa' weh suka hatilah, taknak baca tutup. bosan tutup. rasa nak judge pun tutup je. tak mati pun. anyway jangan risau ye guys, bakar benda ni semua tak bermakna aku lupa apa dah jadi antara kita hahahahhahaha. tapi seriously tak boleh lah bila bukak balik buku buku ni semua kan, aku rasa like how i miss everything. tak sukanya rasa macam tu! lepastu tiba tiba nak throwback. then rasa malu sebab bodoh sangat pergi bercinta waktu sekolah sampai tak fokus belajar. lepastu bodoh sangat sebab senang cair dengan lelaki sweet talker. ops. okay so let's start. kaja!!
So today, i went to petronas to buy this lighter. time dekat cashier tu, aku cakap; nak beli lighter ada tak? and then cashier perempuan tu buat muka and pandang pelik. kee aku je rasa macam tu padahal tak pun? lol dah kenapa laah. then baru aku terfikir, dia fikir aku merokok ke. tak lek betul. asalkan lighter je merokok eh? okay okay mungkin memang muka dia macam tu kot sokay. husnuzon.. tapi seriouslah mana ada merokok. first time beli lighter, first time pegang lighter. dan semestinya bukan first time 'petik' lighter. petik eh? hahaha maaf i dunno kata kerja dia apa. ha. yes bukan aku lah yang start api semestinya..seram. no way. so apa function lighter ni?.... mestilah buat pembakaran terbuka.
First thing kita bakar ialah kertas jurnal. ni kalau umie norah nampak aku bakar jurnal ni mahu dia kejar satu maktab. hahaa.. tapi ni bukan sebarang kertas okay. dalam tu ada tulisan my ex crush, ifo. hmm, al kisahnya macam ni. time kelas akaun, semua orang tengah kusyuk buat latihan ni tetiba shuuuuung, ada kertas yang dah ronyok macam sampah landing depan aku. terkejut ler, then cari siapa yang perangai agak biadap tu sebab nak marah ni. tiba tiba tengok ifo tengah pandang, dah agak dah. tak ada orang lain lagi dah yang perangai tak senonoh ni selain ifo, tak jadi nak marah. sebab crush en hehehehe. as usual, itulah jelah kerja kau ifo kalau bosan haih. at last aku simpan. acah sikit macam surat cinta dari crush. padahal sampah. mungkin aku ni ada rupa tong sampah kot. hahahaha. tapi sorry ifo akhirnya kena bakar juga sampah tu.
So ni pun barang barang dari antara mereka berempat. barang diaorang jelah aku bakar. yang kawan kawan aku tak bakar sebab kenangan kawan masih penting dan sayang hihihi. tapi kebanyakkannya barang kat situ dari a guy yang aku tak pernah mention dekat post sebelum ni, from yas mostly. i used to call him that. haa kebanyakkannya sticky notes aje and satu bunga plastik yang diberi waktu aku marah dulu.. then ada nametag and also surat from ribbon, em then dari kris and brother takada sebab diaorang crush yang sekejap ala ala artist je. then from triple A pun takada tapi ada satu simcard yang aku guna special untuk contact triple A dulu pun aku bakar. hihihi. okay so after baca ni maybe antara ribbon or yas rasa marah, bengang, rasa aku ni jahat, tak penyabar, emo, over dan whatever, it's okay nak rasa macam tu. yas pun kalau rasa nak bakar mp3 kesayangan tu pun i don't care. buat lah apa korang rasa nak buat. nak marah pun marah lah. taknak kesah pun lagi bagus. sebab aku pun taknak kesah dah lepas ni. maybe after this kita bukan dalam zone stranger tapi lebih kepada pernah kenal tapi tak perlu kenal lebih rapat lagi. ha gitu. tapi for triple A completely stranger dah ahahahahha so tak kesahlah. apa khabarnya pun saya taktahu. dah lama bawa haluan masing masing dan saya juga berjaya tak stalk dia. sebab dulu until form five kalau cuti je mesti stalk triple A ni. alahai. but now? i'm good. no triple A. no cry.
Okay ni masa yang di tunggu tunggu. goodbye my diari diari kesayangan!! oh my god. i can't believe i did it! emm yeah time nak bakar tu rasa marah gila and frust gila and macam emo boleh tahan ah. why? tak. bukan sebab marah dekat orang orang yang dalam tu. bukan. sebab buku ni semua susah gila nak bakar. kalis api gila weh. ke aku yang tak reti nak membakar? hahaha. nah i dunno but still lah. nak bakar buku hitam tu pun dah berpeluh peluh. nak sampai buku terakhir tu masha Allah. seksa. tapi puas hati hahaha. tak. tak nangis langsung. budak budak sangat tu nak menangis. tapi tulah, sayangnya. sayang sangat sebab satu buku tu mahal beli dekat mph. like RM40+. kali 7..? weh boleh shopping kot! tak pun sedekah. ni pi buang duit dan masa yang sepatutnya boleh guna untuk kearah yang lebih baik..
Tapi lepas bakar ni kan. aku rasa macam wahhh. i'm free! i don't know why. maybe untuk sesetengah orang fikir it's only a book. but as for me. barang ni penting gila dulu. tempat aku luah kan semua even tho macam childish sangat tulis diary. nampak crush sikit tulis. benda sweet jadi sikit tulis. instead of bercerita, aku tulis. cause i know, ramai kawan yang dengar kita bercerita pasal crush, tapi tak ramai yang betul betul enjoy. ada yang meluat, aku yang fikir eh perasannya kau ni, ada yang buat buat dengar padahal dia pun tengah terbayangkan crush dia. i know i know. but bila aku tulis, my friend ada yang baca then reaction diaorang jauh lagi baik daripada bila bercerita. alaa buat macam love story gitu. kadang kadang ada crush ni nak hilangkan bosan dan adakan semangat sikit nak pergi kelas. kalau tak nanti bosan. hihihi. and then bila in relationship with someone pun aku tulis bukan sebab nak showoff like heyy tengok saya ada boyfriend. boyfriend saya sweet! no. saja tulis sebab nak buat kenangan.......... yang akhirnya kena bakar juga. hahahha
oh ye, perasan something tak? perasan tak? ada something missing tu..... hahaha kalau perasan dan tertanya tanya kemana pergi dan mengapa, boleh tanya di tempat lain ye. taknak bagitau dekat sini. yeah sedikit tak adil untuk benda tu tapi tulah. aku ada sebab aku tersendiri. hm thats it. dah takada apa dah nak tulis lepas ni. goodbye blog. bila aku rindu diari tu semua, i will come here okay. Goodbye forever :)
Venenifer by Nazura.

