Dear you,



Assalamualaikum :) Hehehe, bertahun ni tak tulis blog, segan pula tiba tiba~~ okaii so emm i'm not sure how to start this... haa straightforward jelah okay.. aku saja share my diaries and kenangan kenangan dari orang sekeliling yang aku dah taknak ingat sebab lepas ni semua ni memang dah takada dah.. tinggal gambar je kat sini je..  and aku tulis ni bukan spesifik pasal sesiapa or untuk sesiapa, kalau yang baca ni antara ribbon, triple A, brother or kris, then...welcome to your blog! gurau, sila jangan perasan sebab ni bukan 'welcome to your tape!'  okay? alright..  and last nanti aku tunjuk kemana barang barang ni pergi :') kalau bosan baca bawah ni, skip terus bawah sekali. cry a river~~~ taklah tak nangis pun.



So ni semua surat surat, hadiah and semua kenangan since sekolah rendah sampai sekolah menengah from kawan kawan dan .. ~~~~...hehehe....i  dunno kenapa aku still simpan semua ni, well perempuan kan, biasa lah tu kot.. kalau lelaki mesti buang en? except dari girlfriend :')  hahahah kalau daripada girlfriend simpan, tapi kalau ex girlfriend? mestilah buang kan lagi lagi bila dah move on. macam aku tengah buat sekarang.




Haaa yang ni, dah di asing kan untuk...... tu cerita nanti. oh if you are reading this then nampak ada barang or surat yang kau bagi dekat situ, jangan berkecil hati ye. lagi lagi tengok last last nanti barang ni end up dekat mana. jangan marah. i'm sorry. tapi aku pun nak move on juga heh tolong lahh paham.



Cuba teka ni apa?!!!!!?!?!?!!?!?! diary lah apa lagi, so cute. dari form 1 until form 5, form five tu pun kejap je tulis like first day kat maktab. pastu dah tak. spm katanya. aku pun reti taubat okay. walaupun, dah form five kot. eh KEMONLAAAH, tolong matang sikit -,-  apa tulis tulis diary ni pffffft.hikhik.. so i will tell you one by one apa ada dalam diary diary ni. and ada gambar sekali tapi takadalah semua. sikit sikit aje.. everytime aku baca je gelak and emo sikit sebab frust sangat apalah aku buat time sekolah dulu aduhai. berdrama.. haih. pabo ura. 




Okayy so ni my first diary yang aku pernah ada. dah buruk kan? maklum lah, buku ni jadi buku cerita untuk my friends dekat mrsm dulu. aku start tulis 18 August 2012, 11.17 p.m. kenapa tetiba tulis diary? sebab time tu tengah fall in love with a guy yang i used to call him triple A,  yang dari sekolah smk dulu. before aku pindah i had crush on him then masuk mrsm bulan 25 march 2012. dah move on dah tiba tiba dia tegur dekat facebook.. so mula lah drama nya disitu. since aku ni awal awal dulu masuk mrsm tu pendiam, so aku lagi suka tulis daripada  bercerita dengan kawan. but still lah, at last semua kenal that guy even my classmate lelaki pun most of them kenal dia through this book je. dah diaorang nak baca, bagi jelah. walaupun nak sorok buat apa, dia bukannya ada dekat mrsm tu pun muehehehehhe.. eh but still no worries, semua benda baik je, takada kutuk kutuk ni astaghfirullah. ni diary yang paling aku sayang lah senang cerita, sebab banyak gila confession, first time betul betul suka orang kan, kemain. alah drama semua ni. not anymore ehh..




Nampak tu? dengan gigihnya aku copy semua sweet conversation with triple A :') until kita orang break a day before 2nd monthsary.. dan orang yang baca was like 'weh siapa ni weh, handsome tak?' 'sweet nya korang' and ada time tu tengah ada relationship dengan dia, so aku bawak phone pergi kelas, texting senyap senyap time kelas. Masha Allah.. haha siapa cakap aku innocent, baik and pendiam? nampak je macam tu padahal ada udang di sebalik batu. haha but chill budak kelas kalau nampak aku texting tu diaorang dah boleh agaklah siapa.  lawak lah. okay okay thats enough. taknak le throwback, sebab dah move on sebenar dah after 5 years. dah jadi stranger so jangan tanya apa apa ye :) jadi alkisahnya diary ni semua pasal triple A ni lah, semuanya. ceh. 




Ni my second diary, start tulis 26 November 2012, 8.33 p.m. ni diary ada sikit sikit pasal triple A sebab time tu baru lepas break i guess. but still, nothing interesting sangat pun dalam diary ni, pasal taknak balik maktab lah, pasal putus cinta la hahahaha, ada quotes, gaduh dengan kawanlah, kutuk kawan sendiri, i mean tak kutuk lah, cuma alah sikit sikit punya marah tu.




And then, bulan april 2013, aku try lah move on from triple A, so aku minat lah dekat a guy yang lebih kurang macam triple A.  i called him Infinity(nama pencuci muka aku) aka Kris(hardcore EXO dulu) aka M.A.A.S(singkatan nama dia).... hahahaha iler en banyak gila tukar nama. paling kelakar nama pencuci muka tu lah. sengal juga aku. hehehe. okay okay. alah tapi kejap je minat dia ni sebab my friend yang lawa gila minat dia. jadi saya mengundur diri. jadi sikit je pasal dia. kenapa aku tukar nama dia semua ada dalam tu. 

Then ada juga pasal kawan ehh. eyyy ingat pasal lelaki je ke? heh. so dia ni rapat gila awal awal masuk dulu. sampai orang kata kita dua muka sama. taknak mention lah siapa or clue clue. my joba friends boleh teka kot siapa hihihihi. kita orang banyak kali gaduh, and dia selalu guna phone aku untuk otp *almaklumlah, waktu tu aku single so bil takada siapa guna, free free bagi dia*.. since tu bil aku sentiasa melambung sampai kena sekat so aku banyak tulis pasal dia dekat diary lah sebab marah. tak reti nak marah depan depan ni.hahaha. macam time dengan triple A dulu pun bil kena sekat sampai guna public phone sekolah sebab tu lah sampai sekarang aku hafal number triple A, tak save pun oh mana mana but i still remember his number! taktahu lah dia guna lagi tak. tah. ajaib kan. thanks to public phone sekolah. okay sambung pasal kawan aku tadi.ha dalam diary tu aku kutuk sikit sikit. maaf awak :/ hmmm .. jadi diary yang ni amat membosankan dan banyak dosa. memang layak kena........hm



This is my third diary, dah upgrade sikit tebal dan kulit dia lawa harga dia lagi lawa, taksure bila start but ni 2013 punya.  lol.



nampak tak? creative gila en? taklah tipu je, lekat lekat je. hahaha. 



 Cuba teka ni pasal siapa? mestilah pasal triple A. ye ye masih tak move on. sampai form five kan aku kata tak boleh move on! pabo lah ura pabo. tapi time ni dah move on dari kris. and yang pasal triple A pula bulan jun or july 2013, aku dengar dia couple. patah hati dia jangan cerita laaa. hahahhaha tak lek. jadi aku stop tulis pasal triple A. YEAY!!




But then dalam bulan berapa saya tak ingat, tengah patah hati ni. drama habis ah dengan triple A tiba tiba muncullah the next guy, aku panggil dia ribbon aka scopy, im not sure mana datang ribbon tu hahahhahaha maaf weh kalau kau baca ni. ampun kan saya. but scopy tu after kitaorang gaduh. haa time dengan dia ni pun boleh tahan banyak drama juga. biasalah. kanak kanak riang. tapi tak couple pun. just ada something tapi tak declare ha gitu.tapi ni lagi lah kejap tak sampai a month. sebab tu sikit je pasal dia dalam diary ni.haha ketahuilah time ni aku still contact dengan triple A kalau balik cuti kadang kadang contact but as a friend.. supposely aku dah move on dari triple A but then aku gaduh dengan ribbon ni, boleh tahan teruk, so triple A banyak tolong semua. haaa jadi jangan tanya kenapa aku still tak move on dari triple A waktu tu. hahahaha..

then i wrote about kawan kawan baru saya farah, zarith and anis. dan dorm mate yang disayangi, syakilla,misya, farah, syahirah, sofia, syafrina. time tu tak ada apa sangat. tulis happy sebab diaorang like friendly semua and selalu spend time sesama. memang rapat lah senang cite. siap buat geng.


Next, hmm diary ni. masuk form three nak pt3 move on diary baru. gila tak sedar diri still tulis diary. sengal. tapi chill. takada apa sangat, selain daripada pasal patah hati lagi dengan triple A *yang tadi kata taknak tulis dah tapi tak move on dekat diary ni*  dengan gaduh and tu start aku memang dah jadi stranger dengan dia. jadi aku memang dah tak ada sebab nak tulis sangat pun. dengan busy nak exam. heheheh





so dalam ni banyak tulisan orang lain. kan kalau result teruk maybe kena keluar dari mrsm right? so aku minta rakan rakan sekalian tulis something so boleh jadi kenangan. mana tahu tetiba aku kena pindah kan,. haa beria. so banyak kenangan from; meme, farah wahida, caca, nabila, anis, kaknisa, kakbella, alyssa, sotongsampahgedik(taksure siapa), dayana, mimi, ijjie, farah nad, zul, melah, nazifa, atul, and qawiem. hahaha mostly semua cakap 'awal awal tengok pendiam sangat je. tapi bila kenal tak pendiam langsung'. and ada sikit sikit gaduh dengan my best friends, farah, anis and sofia. ala gaduh rebut kawan. kan dah cakap, buku zaman sekolah. zaman sekolah tak gaduh sebab rebut kawan tak sah. but now, semua dah okay and berbaik and perangai matang. *bajet sikit*



oh yee!! ada pasal brother. hahahahaha ni memang aku try hard gila nak mati nak move on so aku minat lah classmate aku. i called him brother. semua perempuan dalam kelas tu tahu aku minat brother. so tengok apa apa jadi aku tulis dekat diary ni. dasar ura tak sedar diri. nak pt3 kot masih miang lagi astaghfirullah. siap buat drama lagi. punya lah aku percaya budak perempuan kelas tak bocorkan dekat dia aku minat brother. next year nya dah tukar kelas elnath baru aku tahu satu kelas termasuk brother tahu aku minat dia. hahahahhaah. oh yang ni takada gila gila. crush aje. macam biasa ni. ni kes eolppa which means, a person who falls in love with someone who is goodlooking. haha ye ye i admit dia goodlooking dan ramai peminat. jadi sayalah diantaranya yang gatal tu. alah crush aje. biasalah. tu. macam minat artist korea elelelle.



Diary ke lima. aka diary tak habis tulis. masih 2014.


 It's about triple A yang aku tukar nama Hiro, sebab time tu aku minat gila Hiro dalam movie sky of love. masih triple A. semput doh aku baca. aku rasa orang yang baca ni pun semput. jadi taknak panjang panjang dah pasal triple A. cukup cukup lah eh. yang penting saya masih tak move on waktu tu walaupun ada crush dekat brother.  i asked myself kenapa semua diary nak pasal dia? hahahahahha sumpah lah diary ni tetiba banyak nama dia dan kenapa? aku pun taktahu. 40% pasal triple A, 30% pasal brother, 20% pasal masalah dengan kawan dan 10% masalah belajar. hahahaha. banyak berangan lah kecik kecik dulu astaghfirullah. kalau ayah tahu ni i'm dead.



ni kisah pasal brother. dah nak dekat pt3 kot. teruk betul perangai.







Diary ke enam! yang ni dalam dia simple je. ni aku beli time pergi Bali dulu so special sikit sebab bukan diari harian. start tulis, 13 May 2015 since buku ni terlalu lawa, unik dan nampak macam layak ditulis sebuah kisah. jadi saya tulis dua buah kisah. 




Kisah pertama, pasal aku dengan.... cuba tekaa siapa? dah form four ni tau. teka lah siapa. sudah terang lagi bersuluh, Triple A lah. dah takada lain dah hahaahaha  dia cerita dari awal kitaorang kenal until dah tak contact form three, semua dalam ni. rajin kan saya? tahu. membazir masa alahai uraa!! semua tempat aku cari balik semata mata nak tulis kisah ni dekat askfm, blog lama, and diary pink tu.. hahahaha lawak je lah.gigih bebenor.. hmm  then kan kelas baru, deneb, so budak kelas almost semua lah baca dan mereka pun kenal triple A macam kat kelas achernar dulu. maaf kan saya triple A. hahahahaha. 

and then aku ada tulis sikit apa jadi between aku dengan ribbon sebab tahu tak sampai form 4 pun ada lagi yang panggil aku guna nama dia. aku dah move on lama dah tapi diaorang yang tak move on dan saya taktahu kenapa dengan diaorang ni. oh ye ketahuilah samai ke hari ini ada lagi yang ejek aku ribbon. move on lah korang.





Finally, the last one!! fuhh finally. yang ni form four punya. takada dah pasal triple A ke kris ke brother ke ribbon ke. takada. Alhamdulillah. haha yang ni banyak pasal me and my friend farah. start kenal time form three since kitaorang sebilik and dia banyak tolong aku teman aku time aku sorang and ada problem then kitaorang jadi rapat tapi banyak gaduh then dia kena pindah  mrsm felda since her brother kat sana. so tulah. aku lonely. jadi aku tak tulis sangat after farah pindah. 

Aku minat orang lain yang nama sama dengan triple A so aku tulis blog je. no more diary. then nak spm kan so takada masa langsung nak buat drama melayu dan macam budak budak tulis diary ye. 

The End

Jadi, nak tahu tak apa jadi dekat barang ni semua ....??? no bukan tong sampah. jauh sekali dalam sungai. hahaha do wait for tomorrow inshaa Allah :) hmm..bosan kan? tak suruh pun baca ni.actually ni untuk diri sendiri. since diari ni semua dah takada so before that atleast ada lah kenangan yang mengingatkan aku apa aku buat time sekolah dulu. apa aku buat? buat drama, bercinta, gaduh dengan kawan then semuanya tulis dalam diary. macam 13 reasons why tak?? hahahhahahahaha bezanya atlast perempuan tu bunuh diri tapi aku...... ehem ehemm.....  gurau je tak sama langsung macam cerita tu. oh ye kalau  ada nampak broken english dalam gambar tu sabar jelah. jangan nangis. haha thanks for reading!!
 Annyeong :)

Venenifer by Nazura Nazim